Kelas Asas Ict (Ms Office)
4 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Repek, 3 MAC 2018 - Seramai 7 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Komputer (Ms Office) yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Repek. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB). Selain itu,melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Office. Meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Office serta menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.
Kelas Ms Office yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT. Oleh itu, kami pihak PI Repek juga sedang merangka jadual dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas seperti ini terhadap golongan awal pertengahan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi pembelajaran diteruskan daripada siri pertama pada hari sebelumnya dengan pelajar membuat latihan menggunakan aplikasi Ms Office. Pengenalan kepada lebih banyak fungsi yang ada dan boleh digunakan di dalam Ms Office. Ulangkaji cara untuk menyimpan (save) kerja yang telah dibuat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: